Monday, September 13, 2010

Post Match: Arsenal 4: Bolton 1

1. Arsene Wenger memberi peluang kepada pemain-pemain eropah yang menyambut Hari Raya untuk berehat di bangku simpanan. Hanya Marwan sahaja yang bermula di kesebelasan utama akibat kecederaan yang dialami penyerang-penyerang Arsenal.

2. Arsenal memulakan perlawanan dengan peluang terhidang seawal minit ke-5. Peluang yang diciptakan oleh Tomas Rosicky walaubagaimanapun gagal disempurnakan oleh Andrei Arshavin yang berdepan dengan penjaga gol gantian Bolton. Secara keseluruhannya, Arshavin menerima 3 peluang yang sepatutnya GOL, tapi beliau gagal, mungkin disebabkan beliau terlalu banyak membuat kenyataan media sejak akhir-akhir ini.

3. Pada minit ke 24, muncullah hantaran menarik dari pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua pasukan di atas padang iaitu, Jack Wilshere kepada The One and Only Captain, Cesc yang menahan dengan baik ke arah Koscielny yang mencuba ke arah gol ditepis Bogdan, namun bola kembali singgah di kaki Koscielny untuk the first ever goal Koscielny di Arsenal. Walaupun nampak seperti tidak disengajakan, namun, gol tetap gol. 1-0.

4. Disebabkan terlampau gembira meraikan gol agaknya, Koscielny telah melakukan kesilapan dengan hantaran ke belakang ke arah Almunia yang tidak sampai. Hasilnya, Bolton mendapat gol dari hantaran pemain asia yang singgah di kepala Elmander. Keadaan kucar-kacir di kalangan pertahanan menyebabkan Squillaci secara tidak sengaja menghalang pergerakan Almunia untuk menggagalkan gol tersebut. untuk rekod, Almunia baru mendapat 1 clean sheet dari 4 perlawanan EPL. Wenger mungkin perlu membaca ini.

5. Arsenal kembali mendahului pada minit ke-58 hasil jaringan Marwan. Gol hasil tandukannya itu dimulakan oleh Cesc yang bijak membuat hantaran yang tepat ke kepala Chamakh.

6. Red Card untuk Gary Cahill pada minit ke-63 menguatkan lagi keyakinan bahawa Arsenal akan menjaringkan gol lagi. Terjahan Cahill memberikannya straight red card. Pada pendapat penulis, sepatutnya kad merah lebih awal dilayangkan terhadap Kevin Davies, namun disebabkan pengadil tersalah pandang, Cahill yang menjadi mangsanya.

7. This is it. Gol ke-3 Arsenal dijaringkan oleh Song. Dia menerima hantaran dari Arshavin (satu-satunya sumbangan berharga Arshavin) membuat penyudah yang baik menewaskan Bogdan.

8. This is my style. Gaya jaringan ke-4 yang ditunjukkan Vela bolehlah penulis klasifikasikan sebagai Trademark jaringan gol Vela. Kebijaksanaan Cesc membuat hantaran ke arah Vela disudahkan dengan penyudah menarik oleh the mexican. Inilah cara menjaringkan gol oleh Vela ditunjukkan khas kepada Arshavin.

9. The One n Only, Cesc Fabregas. Aku pilih dia sebagai Man of The Match walaupun ianya diberikan kepada Tomas Rosicky. Aku tetap yakin dengan dia, 2 minggu lepas aku pekakkan telinga bila orang-orang bersebelahan dengan aku mengutuk dan mengatakan hati Cesc bukan lagi di Arsenal.

10. Cesc tetap Cesc dan Cesc tetap Arsenal. Kini, Cesc mungkin berfikir 57 kali untuk berpindah ke "Bar Sell Loan Na" selepas pasukan tersebut ditewaskan 2-0 oleh karakter kartun Malaysia yang terkenal zaman aku sekolah dahulu iaitu "Hercules". Orang Malaysia pun dah mampu kalahkan team tersebut.

No comments:

Post a Comment