Wednesday, May 26, 2010

Prestasi FantasyKu utk musim EPL 2009/2010 - Part I (Fantasy UK)

Sebelum cerita tentang post ini berkembang, izinkan aku berterima kasih kepada creator-creator liga-liga kecil kat tempat aku berFantasy bersama pemain-pemain aku, terutama sekali kepada ex-room8 ku, fan setia Arsenal, saudara Zahir Suboh...,

Sejarah sikit antara Aku dan dunia Fantasy ini
Aku mengenali dunia Fantasy ini apabila aku diperkenalkan oleh room8 aku ketika foundation, yang sama-sama melarikan diri dari Kolej Matrikulasi Johor untuk masuk ke Maktab Perguruan Raja Melewar. Siapa dia? korang carilah sendiri, hahahaha (macam ada orang lain je baca blog nie). Sesungguhnya aku rindu saat beroom8 dengannya. Terima Kasih m8 kenalkan aku dengan dunia Fantasy ini. Aku diperkenalkan dengan dunia Fantasy d pertengahan season 2005/06. Amatur lagi pada ketika itu. Kedudukan dalam liga pun tak tinggi, maklumlah orang dah separuh season, aku baru nak join, mana nak dapat kedudukan baik.

Dunia Fantasy aku berterusan ke World Cup 2006, aku main sorang2, overall performance aku tak ingat sangat, ada peluang nak menang, tp kesilapan aku memilih pemain untuk game final memakan diri, aku target France menang, tapi Italy yang menang, so, point aku pn jatuh.

After that, every year aku tak miss join dunia Fantasy ini. Yang paling aku x ketinggalan ialah dunia fantasy kat uk.premiership.fantasysport.yahoo.com, yang ini lah pun room8 aku perkenalkan kat aku. Season 2006/07 & Season 2007/08 yang paling aku tak lupakan, betapa bersusah payahnya aku berusaha mengedit team setiap pagi sabtu, tempatnya dah tentu kat cybercafe. Kalau balik rumah, aku kenalah keluar memandu 16KM semata-mata nak dapatkan perkhidmatan internet.

Alhamdulillah, season 2009/10, capaian internet terdapat di kedua-dua tempat kediamanku. Oleh itu, setiap 12am Saturday, aku akan bersedia membaca Fantasy Blog UK ni, aku tak ingat plak siapa penulisnya, tapi di kalangan pundit2 yang akan menolong memberi prediction pemain-pemain yang dijangkakan boleh memberikan point tinggi untuk week tersebut. Dan disebabkan pundit2 pny predict nie la wujud team aku yang ke 2 dan ke 3.

1st Team (mizi5791) - QSHA SURIA FC (2006/07-2007/08), Q-Sha 57 (2008/09), QSha Surya FC (2009/2010)
Menggunakan ID 1st yahoo emel aku, team ini wujud kat uk.premiership sejak thn pertama penglibatan akau dengan dunia Fantasy
2nd Team (mizi5014) - Virus5791 FC (2007/08-2009/10)
Menggunakan ID 2nd emel aku, team ini pada mulanya wujud sbb aku nk try follow kesebelasan utama yang penulis blog UK dalam ruangan "Choose 'em or Loose 'em". Tapi untuk season 2009/10, team ini aku edit sendiri, tak follow tulisan penulis blog sepenuhnya. Itulah sebabnya wujud team ke-3
3rd Team - Team Bermasalah 09 (2009/10)
Team nie bermula agak lewat, kalau tak silap aku W5 baru start main, senarai player sepenuhnya mengikut tulisan blogger uk.premiership.

Kesimpulannya bagi season nie adalah seperti yang berikut;



Biarkan saja gambar di atas bercerita, yang sebelah kiri sekali First Half Season (W1-W17), yang tengah-tengah Second Half season (W18-W34), yang kanan sekali Full Season 2009/10.

Alhamdulillah, 1st team aku berada di puncak ketiga-tiganya, walaupun pada awal season tergugat sedikit dengan team budak kampung fc. 2nd team aku kalau nk dibanding dengan season lepas, naik 1 anaktangga, prestasi first half yang kurang membantu, tapi 2nd team bangkit pada 2nd half, mendahului 2nd half sehingga W30 sblm 1st team aku potong, hahaha.

3rd team plak, hahaha, ini aku nak ajar korang yang baru nak berjinak dengan dunia Fantasy uk.premiership. Macam yang aku tuliskan memula tadi 3rd team aku bermula lambat dan senarai player 3rd team aku adalah sepenuhnya senarai yang ditulis oleh blogger uk.premiership. Hasilnya??? 1st Half (no12), 2nd Half (no3), Full (no5), cuba bayangkan kalau dari w1 lagi team ke-3 ini dah start. So, terpulang lah kepada semua kalau nak menilai hasil prediction 1st eleven blogger uk.premiership macamana.

Yang ini pulak keseluruhannya dari memula aku join dunia Fantasy sampai la sekarang

Rasanya cukuplah dulu setakat ini coretan aku tentang Fantasy aku kat UK. Aku akan menyambung cerita dunia Fantasy aku kat Barclays, Stadium Astro dan Soccernet dalam part yang seterusnya...,

2 comments:

  1. Lupa plak nak mention, utk season 2009/10, Juara Keseluruhannya adalah dari fan arsenal, menggunakan nama team arsenal
    http://uk.eurosport.yahoo.com/fantasy-football-blog/article/26408/
    point die 4271.5, point aku cuma 3402, jauh gila jaraknya dengan aku...,

    ReplyDelete
  2. wei ak bru je bc post ni...tq2...

    ReplyDelete